Wednesday, February 29, 2012

I'm just a kid


"Pin Pin Pin" Kedengaran bunyi hon mamak roti berlalu dari hadapan rumah. Memang saya dan adik-adik pantang dengar bunyi hon ni, mesti terus lari pecut 200m nak tunggu depan pintu rumah. Bukan nak beli roti atau apa. Sekadar mahu menjerit sekuat hati "Mamak Bentiiiiiiiii Bentiiiiiiiii!!!!" Sampailah mamak roti dengar dan berhenti. Terpinga-pinga dia mencari dari mana datangnya suara comel itu. "Aaa cepat nyorok-nyorok nanti mamak nampak kita!" Kami pun tanpa bersalahnya terus menyorok di sebalik pintu. Sambil terintai-intai disebalik pintu nak tengok muka kecewa mamak roti tu berlalu pergi dari situ setelah mendapati tiada orang pun yang kelihatan. 
"HEHEHE misi mengacau mamak roti berjaya lagi" bisik hati kecil yang masih nakal. 

* Pengalaman jadi budak kecil *






*Three-four years ago, this used to be my old room. Although it may seem outdated and not so perfect, I still love everything about it :)

No comments:

Post a Comment